HONOR X9c 5G, telefon pintar baharu dengan teknologi “Pertahanan Tiga Ultra Kukuh”, bakal dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2024. Siri X9c ini dikhabarkan hadir dengan 6 peningkatan utama, menawarkan ketahanan serta prestasi yang dipertingkatkan.
HONOR Malaysia juga membuka tawaran Early Bird Special untuk tempahan HONOR X9c 5G dengan deposit RM9 sahaja. Tempahan awal ini memberikan pelanggan pakej hadiah bernilai RM1,486 dan sah sehingga 4 November 2024, jam 3 petang. Pelanggan terawal akan menerima Pelan Jaminan Tiga Tahap, termasuk:
– Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari
– Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari
– Jaminan Bateri 36 Bulan
Selain itu, mereka juga akan menerima Jam Tangan HONOR Choice Haylou secara percuma dan rebat segera RM99 selepas pembayaran penuh. Tempahan boleh dibuat di HONOR Official Store, laman web HONOR, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Lebih menarik, pelanggan terawal juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Seramai 10 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai RM1,500, sementara 300 pemenang lain akan menerima HONOR Choice Robot Cleaner R2, setiap satunya bernilai RM1,299. Pengumuman pemenang akan dilakukan pada 29 November 2024.
{suggest}
Sumber: Siaran media HONOR