Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OneDrive Tidak Lagi Menyokong Sistem Fail FAT, exFAT dan REFS

Posted on Julai 10, 2017Julai 10, 2017

Adakah pemacu anda menggunakan sistem fail FAT, exFAT atau REFS?

Adakah anda menggunakan servis OneDrive sebagai tempat simpanan awan?

Jika jawapan anda Ya bagi kedua-dua soalan diatas, mungkin anda perlu ubah sistem fail anda ke NTFS.

Mengapa?

Hal ini disebabkan oleh perkhidmatan penyimpanan awan OneDrive tidak lagi menyokong sistem fail yang lama.

Anda mungkin akan didatangi dengan mesej pop-up yang berbunyi:

Untuk pengguna exFAT dan REFS tiada jalan lain selain format pemacu anda.

Walaubagaimanapun, pengguna yang menggunakan sistem fail FAT masih boleh menukar kepada NTFS menerusi arahan ‘command prompt’ seperti yang diajar oleh laman  OnMSFT,

  1. Cara buka command prompt
    • tekan butang Windows dan butang R serentak
    • taip cmd
    • klik ok
  2. Pada tetingkap command prompt taip
    • convert pemacu: /fs:ntfs
    • Contoh -> convert D: /fs:ntfs

Microsoft masih belum menjelaskan tentang perkara ini tetapi membalas emel laman OnMSFT,

“Microsoft OneDrive ingin memastikan pengguna mempunyai pengalaman penyegerakan yang terbaik di Windows, itulah sebabnya OneDrive mengekalkan standard industri sokongan untuk NTFS. Microsoft menemui mesej amaran yang sepatutnya ada telah hilang ketika pengguna cuba menyimpan folder OneDrive mereka pada sistem fail bukan NTFS – ia segera diselesaikan. Tidak ada yang berubah dari segi sokongan rasmi dan semua folder OneDrive terus perlu ditempatkan pada pemacu dengan sistem fail NTFS”

Sumber: Reddit, OnMSFT

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress