Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar

Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar

Diterbitkan Februari 22, 2022 · Dikemas kini Februari 22, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, pada 3 Februari 2022 lalu, Observatori Negara Langkawi telah mengesan sebanyak lima kumpulan tompok Matahari besar.

Tompok Matahari besar itu berjaya dirakam menerusi teleskop yang dilengkapi dengan  penapis cahaya nampak (whitelight) dan Calcium II K-line (Ca ll K-line).

Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar
Tompok Matahari mempunyai medan magnet yang kuat dan menyebabkan tekanan atmosfera di sekitarnya menurun. Ia dapat dilihat di permukaan fotosfera dan merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000oC). Kredit: MOSTI

Berdasarkan kepada 3 rakaman imej Matahari itu, ia menunjukkan terdapat lima kumpulan tompok Matahari besar yang diberi nama AR2936, AR2938, AR2939, AR2940 dan AR2941.

Penampakan 5 tompok Matahari besar ini ada kaitan rapat dengan kejadian kitaran Matahari maksimum yang berlaku setiap 11 tahun di mana aktiviti Matahari seperti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) dan suar suria turut meningkat yang akan menghasilkan ribut solar.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang kemuncak ribut solar yang diramalkan akan berlaku pada 25 Julai 2025 nanti.

Sumber: MOSTI

Baca juga:

  • Ribut Solar Terburuk Diramalkan Akan Berlaku Pada 25 Julai 2025
  • 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar
  • Penyelidik Bimbang Ribut Solar Ekstrem Mungkin Merosakkkan Perkhidmatan Internet Di Seluruh Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY