Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bumi Dijangka Dilanda Ribut Solar Selaju 1.6 Juta Km/J, Mungkin Menjejaskan Rangkaian Komunikasi

Penyelidik Bimbang Ribut Solar Ekstrem Mungkin Merosakkkan Perkhidmatan Internet Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Ogos 31, 2021 oleh ariff bukhari

Sejak berdekad lalu, para saintis sedar akan kemampuan ribut solar yang ekstrem mampu merosakkan grid bekalan elektrik sehingga berlakunya putus bekalan elektrik pada skala besar.

Tetapi kini timbul pula kebimbangan terhadap keroasakan pada infrastruktur rangkaian internet secara khususnya terhadap jaringan kabel dasar laut yang menghubungkan manusia melalui servis internet sekiranya berlaku ribut solar ekstrem pada masa hadapan.

Kebimbangan itu didedahkan oleh seorang penyelidik bernama Sangeetha Abdu Jyothi dari University of California menerusi pembentangan dari hasil kajiannya yang bertajuk Solar Superstorms: Planning for an Internet Apocalypse di persidangan Special Interest Group on Data Communication (SIGCOMM) baru-baru ini.

Dari hasil kajiannya itu beliau menjelaskan bahawa, untuk infrastruktur rangkaian internet rosak ketika berlakunya ribut solar ekstrem adalah berisiko rendah kerana kabel gentian optik tidak terkesan dengan gelombang  geomagnet.

Namun begitu yang dibimbangkan adalah terhadap alat pengulang penguat rangkaian (repeaters) yang digunakan pada rangkaian kabel gentian optik yang dikhuatiri rosak sekiranya berlaku ribut solar ekstrem.

Jika itu berlaku, ia mampu menyebabkan berlakunya ketiadaan servis internet pada skala mega ke atas negara-negara yang bergantung kepada kabel gentian optik dasar laut.

Malah beliau menegaskan bahawa sehingga kini tiada protokol efektif bagi menangani masalah ini dan infrastruktur yang ada ketika ini tidak bersedia untuk berdepan dengan insiden ribut solar ekstrem sekiranya ia berlaku pada masa hadapan.

Saintis mengetahui akan kesan ribut solar yang mampu menjejaskan peralatan komunikasi seperti menara telekomunikasi dan satelit yang berada di atas Bumi.

Tetapi pemahaman tentang kesan ribut solar terhadap peralatan yang berada di dalam laut masih sedikit dan sukar dijangkakan.

Sumber: Wired

Baca juga: Bumi Dijangka Dilanda Ribut Solar Selaju 1.6 Juta Km/J, Mungkin Menjejaskan Rangkaian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY