Rasai pengalaman visual mengagumkan dari 3 demo permainan ini dengan menggunakan kad grafik GeForce RTX dan GeForce GTX.
NVIDIA hari ini telah melepaskan 3 demo permainan secara percuma kepada pemain permainan komputer yang mengunakan perkakasan kad grafik GeForce RTX dan GTX.
3 Demo tersebut adalah Atomic Heart, Justice dan Reflections yang sudah boleh dimuat turun dari laman muka rasmi NVIDIA GeForce RTX.
Demo ini bertujuan memperlihatkan kehebatan teknologi Ray Tracing kepada pemain, khusus untuk model kad grafik GeForce RTX dan GTX supaya mereka dapat merasai lebih awal prestasi visual mengkagumkan yang dicapai oleh teknologi tersebut.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=63&v=1ZeDVEvjWPI
Setiap demo permainan itu mempunyai kemampuan dan kelebihan teknologi Ray Tracing ketika permainan tersebut dimainkan.
Ia secara khusus mempertontonkan prestasi visual yang memfokuskan kepada perincian terhadap visual bayang, refleksi imej serta teknologi NVIDIA DLSS (Deep Learning Super Sampling).
Anda boleh melihat contoh perbezaan kualiti visual apabila Ray Tracing dan DLSS diaktifkan dan ditutup di laman muka NVIDIA.
Game Ready Driver
Selain 3 demo tersebut, pihak NVIDIA juga hari ini turut melepaskan Game Ready Driver untuk semua pemain permainan komputer yang menggunakan kad grafik GeForce GTX.
Sekaligus buat pertama kalinya, mereka turut dapat merasai pengalaman kualiti visual mengagumkan melalui teknologi ray tracing ini.
Untuk lebih faham lagi apa yang dimaskudkan dengan teknologi ray tracing serta kelebihannya, anda boleh tonton video penerangan dari pihak NVIDIA.
https://www.youtube.com/watch?v=476N4KX8shA&feature=youtu.be
Berkaitan
- NVIDIA Dilaporkan Merendahkan Prestasi Cip untuk Pasaran China
- Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu
- Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia
- Acer Malaysia Lancar 'Laptop Gaming' Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX
- CEO Nvidia Dilihat Santai Makan 'Tepi Jalan'
- NVIDIA Perlihat Interaksi Pemain Dengan Karektor 'Game' Dijana AI
- Nvidia GeForce RTX 5090 Dilaporkan Sedia Dilancar Tahun Depan
- Samsung Mendedahkan 2 Kad Grafik Terbaru Nvidia Menerusi Galaxy Book Odyssey
- Penggunaan Kuasa GPU NVIDIA H100 Dijangka Lebih Tinggi Berbanding Beberapa Buah Negara
- Nvidia Bakal Hadir Dengan Sesuatu Yang Super...