Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dims (1)

nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh

Diterbitkan Mac 30, 2019 oleh Haikel Areff

Telefon menfokuskan permainan mudah alih menjadi salah satu tumpuan dalam industri telefon pintar pada tahun lepas. Nampaknya perkara tersebut masih lagi belum berakhir ketika ini.

Selepas Black Shark 2 diperkenalkan baru-baru ini, kini giliran nubia Red Magic 3 pula dilihat semakin hampir. Ini kerana markah penanda aras Master Lu bagi peranti tersebut didakwa telah pun didedahkan baru-baru ini.

Menurut sumber, Red Magic 3 ini bakal menggunakan cip Snapdragon 855 serta sokongan memori sehingga 12GB RAM. Akan tetapi, model yang terlibat dalam ujian ini ialah variasi 8GB RAM.

nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh
Master Lu/GSMArena
nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh
Master Lu/GSMArena

Selain itu, nubia juga didakwa bakal membekalkan peranti ini bersama skrin 1080p dengan refresh rate yang tinggi, malah “lebih tinggi daripada kebanyakan PC gaming“.

Tidak cukup dengan itu, Red Magic 3 ini dikatakan akan dijana oleh bateri berkapasiti besar 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh rasmi bagi pelancaran peranti tersebut yang telah didedahkan setakat ini.

Namun, melihat kepada perkembangan ini, tidak mustahil ia akan diperkenalkan seawal bulan depan.

 

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY