Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Notifikasi Tarikh Janji Temu Fasa Kedua Suntikan Vaksin COVID-19 Akan Dihantar Mulai Hari Ini

Notifikasi Tarikh Janji Temu Fasa Kedua Suntikan Vaksin COVID-19 Akan Dihantar Mulai Hari Ini

Diterbitkan April 5, 2021 oleh Amalina Athman

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin kini memaklumkan fasa kedua suntikan vaksin COVID-19 bagi warga emas, orang kurang upaya serta golongan berpenyakit kronik akan bermula 19 April di lapan negeri.

Negeri terbabit ialah Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi negeri lain, ianya akan bermula lewat beberapa hari berikutan kesediaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan persediaan staf.

Sementara itu, notifikasi janji temu untuk penerima vaksin akan dihantar bermula hari ini melalui aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, notifikasi akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji temu, manakala peringatan melalui SMS dan panggilan pula akan dibuat pada tiga dan satu hari sebelum janji temu.

People in phase 2 of PICK (senior citizens, OKU & those with comorbidities) will start getting their appointments today in MySj. Appointments will be pushed at T-14 days. CITF will send a reminder SMS & call at T-3 and the day before your appointment. https://t.co/UnPlWeIOHs

— Khairy Jamaluddin πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ (@Khairykj) April 5, 2021

Kehadiran pula adalah diwajibkan bagi mereka yang mendaftar dan memilih butang hadir untuk menerima suntikan vaksin. Ia berikutan perancangan rapi telah dibuat di setiap PPV, selain mengelakkan pembaziran vaksin.

Dalam pada itu, beberapa saranan juga akan dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersama Kementerian Sumber Manusia. Antaranya termasuk menyarankan agar majikan membenarkan pekerja untuk hadir bagi sesi vaksinasi yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY