Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone 1 depan mkbhd

Nothing Phone (1) Mula Dijual Di Malaysia Ogos Ini Tapi Hanya 2 Varian Tersedia

Diterbitkan Julai 20, 2022 · Dikemas kini Julai 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Telefon sulung daripada Nothing iaitu Nothing phone (1) kini secara rasmi meninggalkan jejaknya di pasaran Malaysia.

Rasanya sudah ramai maklum, peranti ini dijana cip Snapdragon 778G+.

Ia berjantungkan bateri sebesar 4500mAh dengan pengecasan pantas 33W berwayar, 15W tanpa wayar dan 5W bagi pengecasan berbalik.

Nothing Phone (1) Mula Dijual Di Malaysia Ogos Ini Tapi Hanya 2 Varian Tersedia

Paparannya ialah AMOLED 120Hz bersaiz 6.55 inci, 240Hz kadar input sentuh dengan sokongan HDR10+.

Klik SINI untuk beli Nothing phone (1) di Lazada.

Corning Gorilla Glass 5 digunakan untuk kedua-dua panel depan dan belakang.

Nothing Phone (1)

Selain rekaan lampu glyph di panel belakang, dua kamera pada panel sama ialah dua lensa 50MP dan 16MP (Samsung JN1) untuk swafoto.

Ia mula dijual Ogos ini dengan harga berikut:

  • 8GB + 256GB – RM2,399
  • 12GB + 256GB – RM2,699

Varian 8GB+128GB bagaimanapun tidak tersedia di Malaysia. Untuk varian dengan harga RM2,699 pula, ia dijangka mula dijual pertengahan Ogos, paling awal.

Selain laman web Nothing, anda juga boleh mendapatkan peranti ini melalui DirectD, TM, SenQ selain Shopee dan Lazada.

Klik SINI untuk kedai rasmi Nothing di Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY