Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Perlihatkan Rekaan Fon Telinga Concept 1

Nothing Perlihatkan Rekaan Fon Telinga Concept 1

Diterbitkan Mac 9, 2021 · Dikemas kini Mac 9, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Nothing merupakan syarikat baharu yang diasaskan oleh Carl Pei, yang juga merupakan pengasas bersama OnePlus setelah meninggalkan syarikat itu.

Pada Februari lalu, Nothing juga telah mengesahkan produk pertama mereka yang merupakan fon telinga tanpa wayar akan dilancarkan pada musim panas nanti.

Terkini, syarikat itu telah memperlihatkan Concept 1 dengan rekaan separa lutsinar. Menurut jurucakap Nothing kepada The Verge, prinsip rekaan ini akan digunakan pada produk yang bakal dilancarkan kelak.

Nothing Concept 1

Sebagai tambahan, Nothing turut menjelaskan Concept 1 mempunyai tiga elemen prinsip rekaan iaitu weightlessness, effortlessness, dan timelessness. Dari segi rekaan yang diperlihatkan, Concept 1 mengambil inspirasi daripada paip tembakau (tobacco pipe). 

Memandangkan Concept 1 merupakan produk konsep, sudah tentu rekaan fon telinga yang akan dilancarkan nanti sedikit berbeza. Sehingga itu, nantikan pelancaran produk pertama Nothing pada musim panas nanti.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY