Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing ear (1)_2

Nothing ear (1) Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Nothing merupakan sebuah jenama di bawah naungan bekas pengasas OnePlus – Carl Pei yang mana mereka telah melancarkan produk pertamanya menerusi fon telinga tanpa wayar Nothing ear (1).

Beberapa hari lepas, kedai rasmi Nothing secara rasminya muncul di platform e-dagang Shopee. Bermakna, peminat tanah air bakal menikmati produk tersebut nanti.

Terbaru, Nothing Malaysia mengesahkan kehadirannya, iaitu pada 13 Oktober jam 12 tengah hari minggu hadapan.

Melihat penawarannya terdahulu, TWS tersebut tampil dengan rekaan lut sinar, sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) serta boleh digunakan pada Android dan iOS kerana adanya aplikasi.

Nothing ear (1) dijual dengan tanda harga USD99 (~RM420) ketika ia diperkenalkan tempoh hari. Oleh itu, mungkin di Malaysia harganya sekitar bawah RM500.

Baca juga:

  • Tak Semua USB-C Sama, Kini Ada Logo Untuk Lebih Mudah Dibezakan

  • Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia, Bermula Di Terengganu

  • Tablet Nokia T20 Rasmi – Saiz 10.4 Inci Dengan Skrin 2K

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY