Ini bukanlah sesuatu yang rahsia dimana Nothing akhirnya secara rasmi melancarkan produk pertama mereka menerusi fon telinga tanpa wayar – Nothing ear (1).
Fon telinga tanpa wayar ini menawarkan sesuatu yang amat unik kerana ia tampil dengan rekaan lut sinar bagi bekas simpanan dan juga fon telinganya sendiri.
Melalui rekaan lut sinar, pengguna dapat melihat apa yang berada di dalam bekas simpanan tersebut dan juga komponen yang terdapat dalam fon telinga.
Nothing ear (1) terbina pemacu 11.6mm yang menyokong Bluetooth 5.2 dengan format codec SBC dan AAC. Seperti yang lain, fon telinga ini juga boleh dikawal dengan gestur.
Bagi memudahkan penggunaan, terdapat aplikasi untuk iOS dan Android untuk mengawal gestur, EQ, kemas kini perisian dan pembatalan hingar aktif (ANC).
Untuk ANC pula, ia menawarkan dua tahap – bagi persekitaran terlalu bising atau persekitaran yang lebih senyap. Selain itu, terdapat juga transparency mode. Mikrofonnya juga mampu membuang bunyi persekitaran agar audio lebih jelas apabila membuat panggilan.
Antara lainnya adalah penarafan IPX4, bateri yang didakwa bertahan hingga 4 jam (dengan ANC) atau 5.7 jam (tanpa ANC) serta bekas simpanan yang boleh dicas menggunakan USB-C atau tanpa wayar dengan teknologi Qi.
Nothing ear (1) dijual dengan tanda harga USD99 (∼RM420) yang mana akan tersedia di 45 negara terlebih dahulu bermula 17 Ogos.
Sumber: Nothing
Baca juga artikel berkaitan: