Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3G 4G

Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia, Bermula Di Terengganu

Diterbitkan Oktober 7, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, melalui pelan infrastruktur digital Jalinan Digital Negara (JENDELA), rangkaian 3G bakal ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Ia merupakan usaha menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).

Antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang sudah mula melakukannya adalah Celcom. Kini, Maxis pula telah mengeluarkan notis peringatan melalui kiriman di Facebook yang mana mereka menyenaraikan kawasan yang ditamatkan rangkaian 3G, bermula di Terengganu.

Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia, Bermula Di Terengganu

Bermakna, sekiranya pengguna menggunakan peranti bukan 4G, mereka hanya menerima isyarat 2G sahaja. Sementara peranti yang tidak menyokong VoLTE, mereka hanya boleh membuat atau menerima panggilan menerusi rangkaian 2G walaupun peranti itu mempunyai 4G.

Screenshot 2021-10-07 at 12.44.04 PM
Sumber: Malaysian Wireless

Selain itu, Maxis juga telah menyenaraikan garis masa proses penamatan rangkaian 3G secara berperingkat di Malaysia. Namun, mereka telah memadam kiriman tersebut semalam.

Bagaimanapun, terdahulu Maxis pernah mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf 3G ke rangkaian 4G. Oleh itu, jika anda masih tidak berbuat demikian, sebaiknya perlu melakukannya sekarang.

Sumber: Malaysian Wireless

Baca juga:

  • Celcom Menyenaraikan Kawasan Yang Sedang Ditamatkan Perkhidmatan 3G Secara Berperingkat Di Seluruh Negara

  • Pelancaran 5G Negara Akan Dilancarkan Setahun Lebih Awal Daripada Rancangan Asal

  • Opensignal: Celcom Mempunyai Ketersediaan Liputan 4G Terbaik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY