Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia G50

Nokia G50 Rasmi – Skrin Besar, Kamera 48MP Dan Sokongan 5G

Diterbitkan September 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Nokia G50 diperkenalkan secara rasmi yang mana sebelum ini dijangka akan dilancarkan pada 6 Oktober nanti. Telefon ini hadir dengan sokongan 5G dan masih menggunakan cip Snapdragon 480, seperti Nokia X10 dan X20.

Telefon ini dilengkapi skrin 6.82 inci dengan kecerahan 450nits beresolusi HD+ sahaja. Untuk kemampuan bergambar, ia tampil dengan lensa 8MP swafoto. Sementara lensa belakang pula merangkumi 48MP utama, 5MP ultra lebar dan 2MP bantuan bokeh.

nokia g50 1

Didatangkan juga bateri 5000mAh bersama pengecasan 18W, konfigurasi 4GB atau 6GB RAM, storan dalaman 64GB atau 128GB, sokongan kad MikroSD sehingga 512GB dan menjalankan Android 11.

Siri ini akan menerima kemas kini sehingga 2 tahun untuk sistem operasi dan 3 tahun bagi keselamatan. Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Ocean Blue dan Midnight Sun.

nokia g50 2

Nokia G50 ini merupakan telefon 5G paling mampu milik daripada Nokia kerana dijual dengan harga bermula €230 (~RM1130).

Dalam pada itu, HMD menjadualkan acara pada 6 Oktober depan dimana mungkin mereka melancarkan tablet Nokia.

Sumber: Nokia

Baca juga:

  • Nokia XR20 Dilancarkan – Sebuah Telefon Pintar Tahan Lasak
  • Pernah Dituduh Sebagai Produk Curi, Android Kini Menjadi Pilihan Utama Pengguna Berbanding iOS
  • Produk Pertama Nothing Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY