Nokia XR20 Dilancarkan - Sebuah Telefon Pintar Tahan Lasak

Nampaknya gambar yang didedahkan sebelum ini memang benar dimana Nokia XR20 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Telefon pintar ini cukup tahan lasak disamping sokongan kemas kini sekuriti selama 4 tahun dan sistem operasi selama 3 tahun.



Nokia XR20 tampil dengan panel belakang tahan lasak ibarat kerangka pelindung (case) terbina padanya dan ia memenuhi standard MIL-STD810H serta boleh menahan hentakan setinggi 1.8 meter.  Selain itu, ia juga menerima penarafan IP68 kalis air dan debu dan perlindungan Gorilla Glass Victus pada panel hadapan.



Beralih pada spesifikasi pula, skrinnya berukuran 6.7 inci FHD+ IPS LCD dengan kecerahan hingga 550 nits dan boleh digunakan walaupun jari dalam keadaan basah atau memakai sarung tangan.



Telefon pintar ini dikuasakan cip Snapdragon 480 dengan rangkaian 5G serta konfigurasi 6GB RAM dan 128GB storan serta slot kad mikroSD. Terdapat 2 lensa belakang dengan 48MP utama dan 13MP ultra lebar. Masing-masing mempunyai LED flash tersendiri. Sementara lensa hadapan adalah 8MP.



Lain-lain adalah menjalankan sistem operasi Android 11, pembesar suara stereo dengan teknologi OZO, pengimbas cap jari dan juga bateri 4630mAh dengan pengecasan 18W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Nokia XR20 dijual dengan pilihan warna Ultra Blue atau Granite Grey yang bermula 24 Ogos ini dan tanda harga diletakkan adalah USD550 (~RM2325).

Sumber: Nokia

Baca juga artikel berkaitan: