Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 6 Sekali Lagi Habis Dijual Dalam Sekelip Mata di Pasaran China

Nokia 6 Sekali Lagi Habis Dijual Dalam Sekelip Mata di Pasaran China

Diterbitkan Mac 7, 2017 · Dikemas kini Mac 7, 2017 oleh Haikel Areff

HMD Global sebelum ini telah memperkenalkan Nokia 6 di China tanpa pelancaran rasmi. Walaubagaimanapun, peranti ini tetap memecahkan pelbagai rekod dan mencapai jumlah pendaftaran yang tidak dijangka. Nokia 6 habis dijual pada hari pertama pelancarannya.

Perkara yang sama berlaku pada Nokia 6 untuk versi 32 GB baru, habis dijual dalam sekelip mata walaupun ianya dijual dalam bentuk pre-order. Baru-baru ini dilaporkan peranti ini turut habis dijual dalam beberapa minit di sebuah laman web dari China, JD.com pada harga $217 (RM 965)

Peranti ini akan mula dijual ke pasaran dunia pada harga $229( RM 1019) untuk model 3GB/32 GB. Ianya telah habis dijual beberapa kali di China dan telah mengumpulkan jumlah pra-pendaftaran yang besar. Ini merupakan satu berita yang baik bagi Nokia dalam menghadapi pesaing peranti Android dengan harga yang lebih rendah dan spesifikasi yang setanding.

Nokia is back!

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY