Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nokia 5710

Nokia 5710 XpressAudio 4G Dengan Fon Putik Terbina Berharga RM339

Diterbitkan Januari 10, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Pada 12 Julai 2022, Nokia telah mengumumkan beberapa telefon mudah alih mereka dan antara yang menjadi tumpuan ialah Nokia 5710 XpressAudio.

Kini, peranti tersebut mula hadir di Malaysia dengan ciri menarik yang ditawarkan di mana pengguna akan juga akan memiliki set fon telinga tanpa wayar.

Nokia 5710 XpressAudio 4G disertakan dengan fon telinga tanpa wayar yang boleh dimasukkan terus ke dalam bekas telefon tersebut.

Nokia 5710 XpressAudio Diumum, Hadir Dengan Slot TWS Yang Tersembunyi

Tidak seperti telefon pintar yang lain, Nokia 5710 XpressAudio disertakan dengan papan kekunci fizikal sama seperti reka bentuk telefon Nokia yang terdahulu.

Selain daripada cara yang unik untuk menyimpan fon putik mereka, Nokia 5710 XpressAudio juga mempunyai paparan QVGA 2.4 inci dan dikuasakan oleh cip Unisoc T107.

Peranti ini menyokong sambungan Bluetooth 5.0 dan fon putik tersebut boleh disambungkan dengan peranti yang lain. Baterinya boleh dikeluarkan dan berkuasa 1,450mAh serta dicas menggunakan wayar mikroUSB.

Nokia5710 XpressAudio 4G menyokong kad microSD dan disertakan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Pengguna boleh dapatkan telefon mudah alih ini di laman rasmi Shopee dengan harga RM339.

Beli di Shopee – https://invl.io/clfpv5y

Berkaitan

  • Nokia 5710 XpressAudio Diumum, Hadir Dengan Slot TWS Yang Tersembunyi
  • Xiaomi Dijangka Perkenal Peranti Andalan Baharu Pada Acara MWC 2023
  • MIUI 14 - Ini 10 Peranti Terawal Yang Mungkin Dapat Kemas Kini
  • TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy
  • Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY