Nokia 5710 XpressAudio Diumum, Hadir Dengan Slot TWS Yang Tersembunyi

Pada 12 Julai 2022, HMD, syarikat Finland yang memiliki Nokia, telah mengumumkan pelancaran tiga telefon mudah alih baharu mereka, terutamanya Nokia 5710 XpressAudio yang menjadi perhatian.

Nokia 5710 XpressAudio


nokia 5710

Nokia 5710 XpressAudio didatangkan dengan set fon telinga wayarles sendiri yang dimasukkan terus ke dalam telefon.

Boleh dilihat HMD mengambil inspirasi daripada barisan telefon bimbit XpressMusic dari pertengahan 2010-an, dengan penampilan menarik dan memfokuskan pada muzik.

Tarikan utama pada telefon ini tentunya fon telinga wayarles yang dibekalkan dengan telefon menggunakan 'badan' telefon tersebut sebagai sarung pengecasnya.

Panel belakang Nokia 5710 XpressAudio mempunyai slot di mana fon telinga yang dibekalkan boleh disimpan dengan selamat selepas digunakan.

Untuk keselamatan tambahan, panel belakang turut menyertakan slider yang melindungi fon telinga apabila tidak digunakan.

Bagi spesifikasi pula, ia menerima paparan QVGA 2.4-inci dan dikuasakan oleh cip Unisoc T107.

Peranti ini menjalankan antara muka Nokia S30 dan mempunyai storan dalaman 128MB dan RAM 48MB.

Telefon ini juga menyokong kad microSD untuk pengembangan memori, serta ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Nokia 8210 4G & Nokia 2660 Flip


Dua lagi peranti yang diumumkan termasuk Nokia 8210 4G dan Nokia 2660 Flip.

nokia

Nokia 8210 4G adalah rekaan moden pada salah satu telefon Nokia yang terkenal dari akhir 90-an, iaitu Nokia 8210 sendiri.

Rekaan terbaharu ini menggunakan paparan warna 2.8 inci yang lebih besar, dan mempunyai bateri boleh tanggal 1,450mAh.



Bagi Nokia 2660 Flip pula, ia adalah peranti yang menampilkan paparan QVGA 2.8 inci dan panel kedua 1.77 inci.

Seperti Nokia 5710 XpressAudio, peranti ini turut memuatkan kamera VGA dengan bateri 1,450mAh boleh tanggal.

Nokia 2660 Flip ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru, dan merah.

Nokia 5710 XpressAudio akan dijual pada harga sekitar $90 (~RM398), manakala Nokia 8210 4G dan Nokia 2660 Flip pada harga sekitar $77 (~RM341).

Buat masa ini, ketiga-tiga telefon dijadualkan akan dilancarkan untuk pasaran U.K akhir bulan ini.

Sumber: The Verge