Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-24 at 5.00.09 PM

Nokia 4.2 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM599

Diterbitkan April 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

HMD Global hari ini secara rasmi mengumumkan Nokia 4.2, peranti untuk penawaran pada harga mampu milik RM599.

Screenshot 2019-04-24 at 4.58.59 PM

Pertama kali muncul sekitar acara MWC 2019 yang lalu, peranti ini didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin paparan 5.71 inci, cip Snapdragon 439, dwi kamera belakang 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.2) dan kamera hadapan 8MP (f/2.0).

Screenshot 2019-04-24 at 5.00.18 PM

Selain itu, melengkapi Nokia 4.2 adalah memori RAM 2GB dan 3GB serta pilihan storan antara 16GB serta 32GB. Bakal menjalankan sistem operasi Android One (Android 9 Pie), ia dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh dengan daya kuasa diisi dari port pengecasan MikroUSB.

Screenshot 2019-04-24 at 5.00.31 PM

Dua warna yang ditawarkan adalah Black bermula 26 April ini dan warna Pink Sad akan mula dijual bermula bulan hadapan. Selain mempunyai sistem nyahkunci biometrik imbasan wajah dan cap jari, Nokia 4.2 juga telah dijanjikan dengan kemaskini sekuriti setiap bulan sehingga 3 tahun dan 2 kali kemaskini utama.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY