Nokia 3310 Versi Baru Mungkin Tidak Akan Dipasarkan Di Singapura

Sebut sahaja Nokia 3310 pasti kita akan mengimbau kenangan 17 tahun yang lalu, sewaktu diawal model legenda ini dikeluarkan.

Sebanyak 126 juta unit telah terjual diseluruh dunia, cukup membuktikan ia sebuah telefon rebutan ramai. Kini ia setelah beberapa tahun menyepi, syarikat dari Finland itu kembali dengan model yang sama tetapi dengan sedikit penambahbaikan.

Model ini walaupun tidak secanggih telefon pintar lain yang berada dipasaran, ia masih ditunggu-tunggu pembeli disebabkan nilai-nilai sentimental.

Tetapi rakyat Singapura mungkin tidak berpeluang untuk menggunakan Nokia 3310 versi baru ini dinegara mereka.

Hal ini adalah kerana Singapura bakal menamatkan rangkaian 2G menjelang bulan April ini dan menjadikan Nokia 3310 itu tidak sesuai digunakan dengan rangkaian selular negara tersebut.

Sejak Disember tahun lalu, para penjual telefon di Singapura juga telah dilarang dari menjual telefon bercirikan rangkaian 2G berkuat kuasa Januari yang lepas.

Syarikat telco Starhub ada memberitahu akhbar dimana bermula April ini, peranti 2G tidak akan dapat membuat panggilan, SMS dan juga melayari internet.

3310 didatangkan dengan pad kekunci dan skrin warna yang berukuran 2.4 inci. Selain itu, Nokia menegaskan bahawa bateri telefon itu boleh bertahan sehingga sebulan lamanya.

Sedikit mengecewakan adalah telefon berkenaan hanya terdapat sokongan rangkaian 2.5G. Sudah tentu ia tidak boleh digunakan pada rangkaian 3G dan 4G yang semakin meluas penggunaannya.

Sumber: Asia One Digital