Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kerusi gaming

Noblechairs Perkenalkan Kerusi Edisi EPIC Mercedes-AMG Petronas Motorsport

Diterbitkan Julai 1, 2019 · Dikemas kini Julai 2, 2019 oleh ariff bukhari

Kerusi premium untuk dipadankan dengan meja komputer anda.

Jika anda sedang mencari kerusi baru bagi menggantikan kerusi pejabat ataupun kerusi untuk meja komputer anda, bolehlah anda melihat-lihat dulu kerusi edisi khas keluaran dari Noblechairs.

Mercedes-AMG Petronas Motorsport merupakan kerusi edisi khas menerusi kolaborasi bersama Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas Esports.

Ia adalah produk rasmi yang dilesenkan kepada syarikat tersebut sempena kejayaan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas memenangi kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar 2018.

Kerusi ini diterap dengan rekaan anggun dan ‘sporty’ hasil ilham daripada sukan pemotoran Formula 1.

Kerusi premium ini disaluti dengan material bermutu tinggi yang tahan lasak serta selesa untuk anda duduk lama di atasnya. Sekaligus memberikan anda ‘mood‘ melakukan kerja di depan komputer anda dengan lebih selesa dalam tempoh yang lama.

Noblechairs Perkenalkan Kerusi Edisi EPIC Mercedes-AMG Petronas Motorsport
Ketumpatan kusyen sehingga 55% disaluti dengan kulit asli menjadikannya amat selesa diduduki. Kredit imej: noblechairs

Penggunaan keluli sebagai kerangka untuk kerusi ini menjadikannya ia sangat tahan lasak dan teguh yang membolehkannya menampung berat badan sehingga 120kg.

Jadi, kepada peminat tegar permainan komputer ataupun anda ingin jadikannya sebagai kerusi pejabat anda, bolehlah membelinya menerusi laman rasmi noblechairs.com yang berharga $449.00

Atau jika anda inginkan model kerusi premium lain keluaran dari syarikat yang berpangkalan di Berlin, Jerman ini, anda bolehlah melayari laman Lelong.my, Shopee atau Lazada.

Sumber: PCGAMER

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY