Nintendo Switch Sah Tidak Dilengkapi Dengan Sokongan Fon Kepala Bluetooth

Pengeluar konsol tersohor dunia, Nintendo dijadual melancarkan konsol Nintendo Switch pada 3 Mac ini.

 

Ramai diantara kita tidak sabar-sabar untuk memiliki konsol permainan ini, tetapi terdapat satu berita yang agak kurang menggembirakan bakal pembeli.

Nintendo Switch tidak akan hadir dengan sokongan fon kepala bluetooth. Memetik berita dari laman Siliconera, mereka sudah pun cuba menyambungkan konsol berkenaan dengan fon kepala bluetooth tetapi hasilnya negatif.

Laman tersebut menambah bahawa fon kepala berwayar boleh digunakan pada Switch.

Bagi mereka yang sudah membeli secara pra-tempah, pasti anda tidak sabar menunggu hari Jumaat ini.

Untuk peminat tempatan, pra-tempah sudah mula diambil seawal bulan Januari yang lalu dimana rangkaian kedai permainanan video terbesar Malaysia, Gamers Hideout, menjadi pengedar sah konsol berkenaan.

Deposit sebanyak RM1000 diperlukan untuk pra-tempah tersebut oleh kerana harga jualan untuk pasaran Malaysia bergantung kepada tukaran matawang dunia. Ia mungkin dijual diantara ~RM1300 hingga ke ~RM1400.

Jadi jangan segan silu untuk berkongsi pengalaman bermain konsol idaman ramai dengan Wiser.my di ruangan komen.

Sumber: Siliconera