Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-26 at 10.17.51 AM

Nintendo Dilaporkan Mahu Lancar Dua Model Switch Tahun Ini

Diterbitkan Mac 26, 2019 oleh Haikel Areff

Nama Nintendo mula melonjak naik semula dalam arena permainan video apabila peranti mudah alih mereka, Nintendo Switch diperkenalkan pada tahun 2017.

Sejak itu, lebih 32 juta unit konsol berkenaan telah berjaya dijual di seluruh dunia. Walaupun ia adalah satu kejayaan besar, Nintendo nampaknya seperti tidak mahu berhenti di situ sahaja.

Mereka kini didakwa sedang dalam proses pembangunan dua buah model Switch baharu. Menariknya, model tersebut dijangka akan dilancarkan seawal musim panas(Jun-Sept) ini.

https://youtu.be/3c6MWsEE884

Video acah Nintendo Switch generasi kini

Bagaimanapun, hanya satu daripadanya merupakan model yang lebih baik dari model Switch sekarang manakala satu lagi model yang bakal diperkenalkan adalah lebih kepada variasi “bajet” kepada Switch.

Ia bagi mengelakkan Nintendo Switch sedia ada menjadi “lapuk” walaupun selepas generasi barunya dilancarkan.

Acara persidangan pembangun hiburan elektronik E3 2019 dijadual akan berlangsung di Los Angeles pada 12 Jun-14 Jun ini dan Nintendo dijangka akan memperkenalkan 2 model Switch baru mereka pada acara itu nanti.

 

Sumber: Variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY