Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nike x Hyperice Hasilkan Sandal Canggih Berharga ~RM1018

Nike x Hyperice Hasilkan Sandal Canggih Berharga ~RM1018

Diterbitkan Julai 29, 2026 · Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Bayangkan, setiap langkah ketika berjalan bukan sekadar selesa, tetapi turut memulihkan tenaga.

Selepas kejayaan Hyperboot, kerjasama Nike dan Hyperice sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap prestasi atlet.

Kini, Nike memperkenalkan pula Nike Air Zoom Hyperslide, sandal pemulihan yang menggabungkan teknologi Air Zoom Cushioning bersama inovasi Hyperice Heat & Vibration. 

Direka khas untuk atlet selepas latihan atau pertandingan, Hyperslide juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang berjalan jauh, atau sekadar mahu kaki mereka sentiasa segar.

Fungsi utama selipar ini terletak pada gajet khasnya iaitu Hyperslide Pod, sebuah peranti berbutang magnet yang boleh dicabut dan dipasang pada tali selipar.

Sandal ini membantu pemulihan otot atlet menerusi:

  • Haba & Getaran: Menawarkan 3 tahap kepanasan (sehingga 47°C) serta 3 tahap getaran.

  • Sesi 15 Minit: Berjalan secara automatik dalam kitaran pemulihan 15 minit.

  • Mudah Dikawal: Boleh dikawal terus menerusi butang pada sandal tersebut atau dihubungkan ke aplikasi Hyperice App di telefon pintar anda.

Nike x Hyperice Hasilkan Sandal Canggih Berharga ~RM1018
Tapak penuh Air Zoom memberikan kusyen responsif yang lembut, menjadikan setiap langkah terasa ringan dan bertenaga.
Nike x Hyperice Hasilkan Sandal Canggih Berharga ~RM1018
Nike x Hyperice Hasilkan Sandal Canggih Berharga ~RM1018

 

Pelancaran global sandal ini akan bermula 29 September 2026 di nike.com, hyperice.com dan kedai terpilih pada harga USD249 (~RM1,018).

Berkaitan

  • Tak Perlu 'Warm-Up' Lama, Pakai Kasut Nike Baharu Ni Boleh Terus Lari
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Amazfit Balance 3 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM1,599
  • Microsoft Dilaporkan 'Tak Kisah' Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY