Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Sedang Menguji Ciri Sleep Timer – Hentikan Video Secara Automatik Dalam Tempoh Ditetapkan

Netflix Sedang Menguji Ciri Sleep Timer – Hentikan Video Secara Automatik Dalam Tempoh Ditetapkan

Diterbitkan Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Netflix baru-baru ini dilaporkan bakal memperkenalkan ciri Sleep Timer pada platform perkhidmatan penstriman itu. Sebagai peringkat ujian, Netflix telah melepaskan ciri tersebut kepada peranti Android secara global.

Melalui ciri Sleep Timer ini, pengguna boleh menetapkan tempoh masa seperti 15 minit, 30 minit, 45 minit atau sehingga sesuatu kandungan video tamat dimainkan. Seterusnya, ia secara automatik akan menghentikan tontonan yang sedang dimainkan selepas tempoh masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, ciri ini amat berguna dalam senario di mana pengguna tertidur dan sekali gus dapat menjimatkan bateri peranti.

Netflix Sedang Menguji Ciri Sleep Timer – Hentikan Video Secara Automatik Dalam Tempoh Ditetapkan

Buat masa ini, ciri tersebut hanya terhad bagi beberapa peranti Android terpilih secara global dan tersedia bagi profil dewasa sahaja. Netflix dijangka akan memperluaskan ciri berkenaan pada peranti lain seperti TV, desktop dan sebagainya.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY