Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Bakal Menambah Sokongan Video HDR Untuk Peranti Mudah Alih

Netflix Bakal Menambah Sokongan Video HDR Untuk Peranti Mudah Alih

Diterbitkan Mac 17, 2017 · Dikemas kini Mac 17, 2017 oleh Haikel Areff

 

Pada hari Rabu yang lepas, seorang pegawai eksekutif Netflix, Neil Hunt memberitahu kepada wartawan bahawa syarikat tersebut sedang bercadang untuk menawarkan lebih banyak kandungan dalam bentuk  HDR yang lebih berkualiti untuk platform mudah alih. Mereka percaya bahawa trend tontonan dalam format HDR sedang berkembang dalam industri peranti mudah alih.

Melalui format HDR, paparan yang ditontonkan akan memberikan butiran warna yang lebih tajam dan jelas berbanding dalam format HD. Pada tahun ini juga kita telah menyaksikan beberapa peranti mudah alih yang hadir bersama sokongan HDR10 dan Dolby Vison HDR seperti LG G6 dan Galaxy Tab S3.

Selain daripada penambahbaikkan terhadap kualiti video, Netflix juga telah menyatakan hasrat mereka untuk membawa sokongan video yang khusus untuk peranti mudah alih. Makdusnya mereka mahu menawarkan salinan original sesebuah filem yang sudah diproses bersesuaian untuk platform peranti mudah alih. Netflix turut yang pada ketika ini lebih ramai pengguna bergantung kepada peranti mudah alih mereka berbanding TV atau PC.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY