Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Need For Speed Hadir Pada Penghujung 2017

Need For Speed Hadir Pada Penghujung 2017

Diterbitkan Mei 14, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berita gembira buat penggemar Need For Speed dimana siri baru permainan lumba kereta berkenaan akan hadir pada penghujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh pembangun permainan, Ghost Games, dan mereka turut menyatakan maklumat lanjut tentang permainan baru itu akan diumumkan pada 2 Jun nanti.

“Kini kebanyakkan dari anda sudah mendengar tentang pembangunan permainan baru di Ghost Games. Kami dengan rasa gembira ingin mengumumkan bahawa anda akan dapat bermain permainan Need For Speed pada penghujung tahun ini. Banyak maklumat yang ingin kami kongsikan pada acara EA PLAY bulan Jun nanti.”

Berdasarkan kenyataan dari Ghost Games, tidak banyak informasi yang boleh kita perolehi sekarang.

Difahamkan Need For Speed baru ini akan turut ditawarkan pada platform Microsoft yang akan datang, Project Scorpio.

Need For Speed 2017  merupakan siri permainan yang ke 24 dari Ghost Games, anak syarikat kepada EA Sports.

Sumber: Ghost Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY