Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme 11 pro+

Siri realme 11 Pro Kini Tiba, Ada Kamera 200MP, Harga Dari RM1499

Diterbitkan Julai 20, 2023 · Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh Amsyar Latif

realme hari ini secara rasminya membawa masuk siri bernombor mereka menerusi realme 11 Pro 5G dan juga realme 11 Pro+ 5G.

Dengan mempertaruhkan kemampuan fotografi, masing-masing dijual pada tanda harga bawah RM2000.

realme 11 Pro+

Kita mulakan dengan model paling berkuasa, realme 11 Pro+ 5G. Peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Dimensity 7050 yang dipadankan bersama memori 12GB (dengan RAM dinamik 12GB) serta storan dalaman 512GB.

Bateri berkapasiti 5000mAh dibekalkan yang mana ia menyokong pengecasan pantas 100W SuperVOOC.

Skrinnya pula adalah jenis melengkung menggunakan panel AMOLED berukuran 6.7” dengan kadar segar semula 120Hz.

Realme 11 pro+

Beralih pada tumpuan utama dalam siri ini, realme 11 Pro+ didatangkan kamera utama 200MP ISOCELL HP3 SuperZoom dengan SuperOIS, Super NightScape, Moon Mode serta Starry Mode, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara lensa swafotonya pula sebesar 32MP.

3 pilihan warna ditawarkan – sunrise beige, oasis green dan astral black yang mana dua daripadanya (beige dan green) dihasilkan dengan kerjasama Matteo Menotto, bekas pereka cetakan dan tekstil Gucci.

realme 11 Pro

Lebih kurang sama juga, telefon ini dijana cip Dimensity 7050, memori 8GB RAM tetapi storan dalaman 256GB sahaja. Dengan bateri sama, 5000mAh, ia hanya menyokong 67W pengecasan pantas SuperVOOC.

Masih lagi sama, skrin melengkung berkadar segar semula 120Hz daripada panel AMOLED bersaiz 6.7”.

Realme 11 pro

Cumanya, kameranya adalah 100MP untuk utama dan 2MP bagi sensor kedalaman. 16MP pula ditugaskan lensa swafoto.

Terdapat 3 pilihan warna yang mana ia sama seperti ditawarkan bagi realme 11 Pro+ termasuk kemasan kulit (vegan leather design).

Kedua-dua peranti ini juga hadir dengan dwi-pembesar suara stereo Dolby, menyokong Wi-Fi 6, NFC dan menjalankan realme UI 4.0.

Harga

Realme 11 pro
Realme 11 pro

Seperti yang dikatakan pada awal tadi, kedua-duanya dijual bawah RM2000. realme 11 Pro+ berharga RM1,999 dan model biasa realme 11 Pro pula RM1,499.

Bagi yang berminat, ia akan dijual secara rasmi bermula esok, 21 Julai menerusi kedai dalam talian Shopee, Lazada dan TikTok realme.

Beli realme 11 Pro+ di Shopee (https://invl.io/cljblkl), Lazada (https://invol.co/cljblll)

Beli realme 11 Pro di Shopee (https://invl.io/cljblm6), Lazada (https://invol.co/cljblmk)

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • Netflix Sahkan Lagi Ramai Yang Daftar Berbanding Batalkan Langganan Selepas Polisi Baru
  • Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Di Wear OS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY