Nasib Pembangun PUBG Mobile Kini Kian Terancam

Pembangun permainan PUBG Mobile, Tencent Games merupakan salah satu syarikat yang menerima kesan buruk akibat keputusan kerajaan China untuk menghalang penjualan permainan video dari negara tersebut.

Sehingga bulan ini, sudah empat bulan kerajaan mereka melaksanakan polisi tersebut. Tindakan itu diambil disebabkan oleh 'peralihan kuasa' di dalam agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam industri berkenaan.



Di China, para pembangun perlu memohon kelulusan daripada pihak Pentadbiran Radio & Televisyen Kebangsaan dan Kementerian Kebudayaan & Pelancongan bagi membolehkan mereka menjual dan menjana pendapatan melalui permainan yang dihasilkan. 

Dua badan tersebut kini sedang menjalani perubahan dari segi kepimpinan. Walaubagaimanapun, kerajaan China masih belum memberikan tempoh tepat untuk peralihan itu selesai seterusnya membenarkan sekatan itu di tarik balik.



Selain Tencent, banyak syarikat pembangun lain yang turut ditekan oleh perkara ini. Malah, Tencent sendiri telah hilang $ 160 billion(~RM 655.6 billion) dari nilai pasaran sejak peralihan kuasa ini diwar-warkan Januari lalu.

Diharapkan kerajaan China dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera bagi membolehkan penggemar permainan video seluruh dunia terus menikmati permainan hasil karya pembangun dari negara tembok besar itu di masa akan datang.

 

Sumber