Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Uji Helikopter Mini, Bakal Diterbangkan Di Marikh Pada 2021

NASA Uji Helikopter Mini, Bakal Diterbangkan Di Marikh Pada 2021

Diterbitkan Mac 31, 2019 · Dikemas kini Mac 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Penerokaan planet Marikh pada masa hadapan bakal memperlihatkan penggunaan teknologi baru dimana NASA, dilaporkan telah berjaya menguji helikopter mini bagi tujuan itu.

Dibangunkan dengan berat lebih kurang 1.8kg, helikopter mini itu diuji pada persekitaran yang disimulasikan dari planet Marikh bertempat di Jet Propulsion Laboratory di California.

Difahamkan, ia boleh dikawal dengan jarak beratus-ratu juta batu jauhnya, tetapi berhadapan cabaran seperti atmosfera nipis dan suhu sejuk serendah -90C diwaktu malam.

Bagi meniru atmosfera dan graviti di planet merah itu, gas-gas seperti oksigen dan nitrogen disedut keluar sebelum diisi dengan karbon dioksida disamping penggunaan sistem beban berat graviti.

NASA menyasarkan helikopter mini ini dilancarkan ke Marikh bersama kenderaan penerokaan angkasa, Mars 2020, pada julai tahun hadapan. Kedua-duanya dijangka tiba dan memulakan operasi di Marikh sekitar Februari 2021.

Mars 2020. Video| Seeker

Sumber: Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY