Bumi Diramal Dihentam Beberapa Siri Ribut Solar Hari Ini

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NOAA) telah mengeluarkan amaran berkaitan ramalan bahawa Bumi berpotensi dilanda ribut solar berskala G1 dan G2 hari ini.

Ia selepas NOAA mengesan berlakunya aktiviti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) oleh Matahari beberapa hari lalu.

CME itu diramal akan menghasilkan ribut solar yang dianggarkan bergerak pada kelajuan 600KM/s menuju ke Bumi hari ini.

https://twitter.com/_SpaceWeather_/status/1502320111771955206

NOAA telah mengeluarkan amaran aktif tentang fenomena ini dengan mengkategorikan skala ribut solar yang akan melanda Bumi ini nanti sebagai minor (G1) dan sederhana (G2) sahaja.

Sungguhpun begitu, NOAA tetap bimbang akan ribut solar ini yang mungkin berpotensi mengganggu  posisi satelit di orbit serta rangkaian gelombang radio berfrekuensi tinggi.

Fenomena Aurora juga dijangka boleh dilihat dengan jelas di beberapa tempat seperti di New York, AS, Kanada dan Alaska.



Sumber: NOAA, HT Tech

Berkaitan