Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15 ultra

Nampak Lebih “Cool”, Pereka Ini Perlihatkan Rekaan Konsep iPhone Ultra

Diterbitkan Februari 7, 2023 · Dikemas kini Februari 7, 2023 oleh Amalina Athman

Spekulasi mengenai Apple akan menggunakan bahan titanium untuk iPhone akan datang bukanlah perkara baharu. Beberapa kali khabar mengenainya diperkatakan. Antara lainnya adalah Apple mungkin menampilkan rekaan sudut tepi yang lebih bulat.

Secara berasingan, Bloomberg mengatakan Apple telah membincangkan untuk menambah satu segmen premium baharu. Kemungkinan menggunakan nama “Ultra”, ia dikatakan akan dilengkapi spesifikasi lebih baik dan harga lebih mahal berbanding model Pro dan Pro Max sedia ada.

Terbaharu, pereka Jonas Daehnert telah berkongsi rekaan konsep iPhone Ultra yang menampilkan kedua-dua bahagian hadapan dan belakang peranti.

Berkaitan

  • Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Akan Dilengkapi Bezel Lebih Nipis Dengan Sisi Melengkung
  • Apple Dijangka Tambah Model iPhone Baharu, Lebih Mahal Daripada Pro Max

Dikongsi melalui Twitter, Jonas menyatakan rekaan itu bukanlah berdasarkan segala maklumat yang tertiris sebelum ini. Jelasnya, ia hanya sekadar “suka-suka” serta menyesuaikan rekaan itu berdasarkan Apple Watch Ultra dan menggabungkannya dengan rekaan model Pro.

⚪️🟠 pic.twitter.com/7vRuVU1lDy

— Jonas Daehnert (@PhoneDesigner) February 6, 2023

Dalam erti kata lain, ia hanya sebagai “latihan” untuk melihat kemungkinan sama ada reka bentuk iPhone boleh disesuaikan dengan rekaan Apple Watch Ultra.

This is 🔥

— Ben Geskin (@BenGeskin) February 6, 2023

That is the crux of the matter. I have no idea about all the leaks. It was just an exercise to see if it's possible to adapt the Watch Ultra design language. 🙂

— Jonas Daehnert (@PhoneDesigner) February 6, 2023

Mendapat perhatian di Twitter, rata-rata pengguna turut memuji rekaan konsep tersebut. Tidak kurang juga yang merasakan ianya lucu.

Apa pula kata anda? Jika mempunyai kemampuan, adakah anda akan membeli iPhone dengan rekaan sedemikian?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY