Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) baru sahaja memperkenalkan versi baharu papan pemuka prestasi penerbangan dan lapangan terbang yang lebih interaktif dan menyeluruh di laman rasmi mereka, www.mavcom.my.
Papan pemuka ini kini merangkumi data prestasi syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk kadar ketepatan masa (On-Time Performance, OTP), pembatalan penerbangan, jenis kelewatan, serta sebab-sebab pembatalan.
Turut disertakan ialah prestasi lapangan terbang berdasarkan Airports Quality of Service (QoS) Framework.
Oleh itu, berikut adalah apa yang baharu dan menarik:
- Akses data OTP dan pembatalan penerbangan dari semua lapangan terbang di Malaysia, bukan hanya KLIA.
- Maklumat terperinci tentang kelewatan dan pembatalan penerbangan, mengikut jenis dan sebab.
- Data syarikat penerbangan luar negara di KLIA T1 dan T2 juga kini tersedia.
- Trend prestasi boleh dianalisis di mana memudahkan pengguna buat perbandingan dan pilihan.
Antara syarikat penerbangan yang dipantau termasuk AirAsia, Malaysia Airlines, Firefly, Batik Air dan lain-lain. MAVCOM menetapkan syarat sekurang-kurangnya 85% penerbangan mesti berlepas dalam masa 15 minit dari jadual asal dan pembatalan tidak melebihi 20%.
Prestasi lapangan terbang juga dinilai
Papan pemuka ini turut menilai prestasi lapangan terbang utama seperti KLIA, Kota Kinabalu, Langkawi, dan Kuching berdasarkan empat kategori:
- Keselesaan dan kemudahan penumpang
- Masa beratur
- Aliran penumpang dan bagasi
- Kemudahan operator dan kakitangan
Jika prestasi tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, MAVCOM boleh kenakan penalti. Setakat ini, MAHB telah dikenakan penalti sebanyak RM4.1 juta kerana tidak patuh kepada standard QoS.
Kenapa ini penting?
Pengguna kini boleh akses dan banding prestasi syarikat penerbangan dan lapangan terbang sebelum membuat tempahan.
Ia juga mendorong pemain industri meningkatkan mutu perkhidmatan, dengan pemantauan yang lebih telus dan berasaskan data.
MAVCOM mensasarkan lebih banyak lapangan terbang akan disertakan dalam papan pemuka ini menjelang 2027.
Semak prestasi syarikat penerbangan di SINI.
Semak prestasi lapangan terbang di SINI.
{suggest}
Gambar utama: klia2 info