Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad mini- ‘Kecil-Kecil Cili Padi’

Nak Beli iPad Murah? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple Harga Pelajar

Diterbitkan Februari 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Tidak pasti sama ada anda tahu atau tidak, produk-produk Apple sebenarnya boleh dibeli pada tanda harga murah. Bukan peranti terpakai dan bukan juga set refurbished. Sebaliknya dari laman rasmi Apple sendiri.

Barisan produk tersebut boleh dibeli menerusi Apple Education Store atau boleh dikatakan sebagai peranti Apple harga pelajar.

Antara produk yang berada di bawah education pricing ini adalah termasuk iPad, iMac, MacBook, Mac, monitor dan beberapa aksesori lain.

Sebagai contoh, iPad Pro M1 dijual pada tanda harga bermula RM3279 dan MacBook Air M1 bermula RM3959.

Biarpun ‘harga pelajar’, sebenarnya semua individu di Malaysia boleh membelinya walaupun sudah bekerja.

Namun, bermula penghujung tahun 2021, Apple ‘menyukarkan’ sedikit pembelian peranti harga pendidikan itu di mana setiap pembelian kali ini perlu membuat pengesahan UNiDAYS.

Apple Edu 3

Tidak seperti dahulu, anda bebas membeli meskipun tidak membuat pengesahan UNiDAYS tersebut. Pengesahan seperti ini mirip langganan Apple Music harga pelajar.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai anak atau saudara mara atau anda sendiri bekerja dalam sektor pendidikan, tiada halangan buat anda.

Ini kerana, mana-mana pelajar atau guru-guru mempunyai ID DELIMa. Dengan ID atau emel itu, anda boleh membuat pengesahan UNiDAYS dan sekaligus menerima manfaat harga pendidikan.

Untuk membuat pengesahan, mudah sahaja. Anda perlu pergi ke pautan INI. Kemudian, masukkan e-mel peribadi atau emel universiti/sekolah anda.

Screenshot 2022-02-21 at 12.48.14 PM

Setelah itu, isi maklumat anda dan pilih institusi pendidikan. Setakat ini, hanya ada pilihan universiti, kolej, matrikulasi serta sekolah menengah sahaja.

Apabila selesai, Apple meminta anda masukkan emel pengesahan. Di sinilah anda memerlukan emel DELIMa atau emel yang berstatus pendidikan.

Contoh emel DELIMa – [email protected]. Bagi anda yang pelajar universiti, pasti anda mempunyai emel yang sudah disediakan.

Setelah memasukkan emel itu, anda perlu membuat email verification bagi mengaktifkannya. Selesai, maka bolehlah terus menikmati peranti Apple pada harga lebih murah.

MacBook Pro_MacBook Air M1

Selain itu, pembelian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana Apple telah menetapkan syarat, iaitu:

  • Desktop: 1 peranti boleh dibeli per tahun
  • Mac mini: 1 peranti boleh dibeli per tahun
  • Notebook: 1 peranti boleh dibeli per tahun
  • iPad: 2 peranti boleh dibeli per tahun
  • Aksesori: 2 aksesori dengan education pricing boleh dibeli per tahun

Sebagai maklumat tambahan, emel berstatus pendidikan ini sebenarnya memang ‘berkuasa’. Bagi anda yang bergelar pelajar universiti, kebiasaannya anda boleh mendapatkan akses penuh perisian Microsoft Office. Ada juga sektor pendidikan yang memberikan versi Pro Canva buat penuntutnya.

Oleh yang demikian, banyak kelebihan yang diberikan buat sektor pendidikan sebenarnya. Mungkin masih ramai yang lalai. Apabila sudah bekerja, barulah tahu.

Baca juga:

  • Dua Peranti Apple Ini Rasmi Jadi Produk Vintaj Dan Usang

  • Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

  • Kesan Jeli Pada iPad mini 6 Punca Apple Disaman

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY