Naikkan 'Chat Performance' Shopee Dengan Cara Ini

Pasti setiap individu di Malaysia pernah menggunakan platform e-dagang Shopee.

Setiap kali ingin membeli barang daripada peniaga, banyak faktor yang diambil kira oleh pembeli seperti preferred seller, penilaian (rating) dan prestasi chat.

Berdasarkan ketiga-tiga faktor tersebut, prestasi chat sering diberi perhatian pembeli kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap barang yang dibeli, kepantasan maklum balas daripada peniaga memainkan peranan yang sangat penting.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana Shopee menilai kadar prestasi chat oleh peniaga-peniaga yang menjual barang di Shopee?

Sebenarnya, ia dikira bagi setiap balasan chat atau respons terhadap tawaran yang dibuat oleh pembeli. Ini termasuk menerima atau menolak tawaran kerana ia akan diambil kira untuk penilaian prestasi chat.



Selain itu, kadar prestasi chat juga dikira dengan mengambil purata maklum balas chat dan tawaran yang diterima dalam tempoh 90 hari.

Tambahan lagi, respons hanya dikira sekiranya peniaga membalas chat dalam masa 12 jam selepas ia diterima.

Di samping itu, jika peniaga mengaktifkan mod percutian serta balasan mesej secara automatik, ia tidak akan dikira. Ini bermakna, setiap maklum balas perlu dilakukan oleh peniaga sendiri.

Peniaga juga perlu konsisten dalam memberi balasan chat kerana kadar penilaian ini akan dikemaskini setiap hari.



Adakah chats ini hanyalah teks semata-mata? Semestinya tidak kerana sebarang tawaran produk kepada pembeli, gambar malah emoji juga dikira sebagai balasan chats.



Mungkin disebabkan ini juga kita sering lihat dimana peniaga pasti akan memberi emoji terima kasih atau thank you setiap kali kita menghantarkan mesej kepada mereka.

Sumber: Shopee