Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS RFID

Suruhanjaya Persaingan Sambut Baik Usaha Kerajaan Cuba Isu Henti Monopoli Touch ‘n Go

Diterbitkan Mac 22, 2023 · Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengatakan mereka menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneliti monopoli Touch ‘n G0.

MyCC juga melalui pasukan khas yang ditubuhkan oleh KPDN akan terus memantau perkembangan dan tingkah laku Touch ‘n Go bagi menjamin kelancaran kemasukan pemain baharu ke dalam pasaran.

mycc touch n go
mycc touch n go

Pada Januari lalu 2023, FOMCA telah membidas MyCC dan meminta kerajaan untuk merombak Suruhanjaya kerana gagal membanteras isu monopoli Touch ‘ n Go.

MyCC kemudian menjawab kenyataan FOMCA itu dengan berkata Suruhanjaya mengenal pasti bahawa status monopoli TnG hanya membabitkan sistem pembayaran tol sahaja.

mycc fomca touch n go

Akta Persaingan 2010 (“Akta 712”) secara jelas menggariskan bahawa perusahaan yang monopoli atau dominan dalam sesebuah pasaran tidak membawa kepada pelanggaran. Namun begitu, perusahaan yang bersifat monopoli atau dominan melanggar Akta 712 sekiranya ia menyalahgunakan kedudukannya di pasaran, menurut kenyataan Suruhanjaya.

“TnG telah menjadi monopoli secara semulajadi berikutan keputusan kerajaan untuk menghapuskan pembayaran tol secara tunai, melalui pewartaan di semua tol di seluruh negara bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di semua tol untuk keselesaan pengguna lebuhraya.”

MyCC Akan Perkenalkan Rejim Kawalan Penggabungan

Sebelum itu, MyCC dalam perjumpaan dengan PLUS dan Touch ‘n Go telah berkongsi penilaian dan kebimbangannya mengenai pelaksanaan RFID termasuk memberikan akses kepada platform pembayaran lain untuk pembayaran tol bukan sahaja melalui kad debit atau kad kredit tetapi juga sistem e-dompet yang lain.

Hari ini, MyCC dalam kenyataan berjudul “MyCC Bersama Pengguna Tegas Berkenaan Isu Touch ‘n Go” mengambil maklum tindakan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan tol tanpa palang serta mengamalkan sistem pembayaran terbuka.

Ini akan menghentikan monopoli Touch ‘n Go dan selari dengan kehendak pengguna, kata Suruhanjaya.

Sumber: MyCC, MyCC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch 'n Go RFID Pada Kereta
  • Suruhanjaya Persaingan Malaysia Sudah Bertemu Dengan PLUS Dan TnG, Terus Pantau Pelaksanaan RFID
  • Ramai Merungut Tentang Penghantaran, MyCC Arah Shopee Jelaskan Cara Atasinya Sebelum November
  • Kelakuan Monopoli TnG Ke Atas Sistem Pembayaran Tol Tidak Dikira Melanggar Akta - MyCC

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY