Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
My TouristPay Mudahkan Pelancong Asing Berbelanja Di Langkawi

My TouristPay Mudahkan Pelancong Asing Berbelanja Di Langkawi

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh Amal Addin

Aplikasi tMy TouristPay merupakan platform yang dapat digunakan oleh pelancong asing untuk melakukan transaksi dengan peniaga tempatan di Langkawi tanpa perlu menukar mata wang.

Ia merupakan berita baik kepada pelancong luar Malaysia yang berkunjung ke Langkawi kerana mereka akan dapat menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai

Mereka hanya perlu imbas kod QR DuitNow sama seperti yang digunakan penduduk tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payment Network Malaysia (PayNet), Farhan Ahmad berkata, aplikasi My TouristPay dibina disebabkan penggunaan kod QR sedia ada hanya dapat digunakan pemegang akaun bank tempatan.

Inisiatif ini dapat memudahkan pelancong antarabangsa untuk berurus niaga dengan peniaga tempatan khususnya peniaga kecil tanpa perlu membawa wang tunai.

Usaha ini dapat membantu peniaga kecil di Langkawi menjana pendapatan dengan lebih proaktif daripada pelancong luar. Aplikasi yang dijalankan oleh PayNet itu dapat memastikan transaksi yang selamat untuk pelancong.

Selain itu, peniaga turut boleh mendapatkan pembayaran segera pelanggan.

Cara menggunakan aplikasi My TouristPay:

My TouristPay Mudahkan Pelancong Asing Berbelanja Di Langkawi

  1. Masukkan kad kredit atau debit ke dalam aplikasi
  2. Klik pada scan dan bayar
  3. Imbas kod QR berwarna merah jambu daripada mana-mana peniaga
  4. Masukkan jumlah yang perlu anda bayar dan selesai

Muat turun My TouristPay di Google Play. Untuk App Store, ia akan dilancarkan dalam masa terdekat. Untuk info lebih lanjut tentang aplikasi My TouristPay, layari https://paynet.my/mytouristpay/index.html.

Sumber: Utusan Malaysia

Berkaitan

  • Aplikasi Crunchyroll Manga Bakal Ditamatkan Bulan Depan
  • Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti
  • Aplikasi Boleh Tahu Jika Pengguna Tangkap Layar Peranti Dalam Android 14
  • Aplikasi 'Paint' Akhirnya Terima 2 Ciri Baru Yang Paling Ditunggu
  • Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY