Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-02-27 at 12.01.12 AM

#MWC2019 – Wiko View 3 Dan View 3 Pro Bersama Rekaan Yang Lebih Menawan

Diterbitkan Februari 27, 2019 ยท Dikemas kini Februari 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengeluar telefon pintar Perancis, Wiko kini tampil memperkenalkan model terbaru untuk pasaran, Wiko View 3 Pro dan View 3.

Jika dibandingkan dengan Wiko View 2 Pro, rekaan versi Pro kali ini kelihatan lebih “premium” iaitu dengan penggunaan kaca ditambah pula dengan tetapan 3 kamera belakang.

Dari segi luaran, View 3 dan View 3 Pro boleh dikatakan hampir sama, dan perbezaan boleh dilihat pada saiz skrin serta komponen dalaman.WhatsApp Image 2019-02-27 at 12.03.39 AM

Kita mulakan dahulu dengan Wiko View 3, versi ini menggunakan cip MediaTek Helio P22 dibantu oleh RAM 3GB dan storan dalaman sebesar 64GB yang boleh diluaskan lagi menerusi kad MikroSD.

WhatsApp Image 2019-02-27 at 12.01.18 AM

Skrin paparan pula berukuran 6.26 inci HD+, mempunyai takuk untuk diisi dengan kamera swafoto 8MP. Panel belakang plastik seakan kaca ini dipasang dengan tiga kamera gabungan lensa 12MP+13MP+2MP.

WhatsApp Image 2019-02-26 at 11.59.31 PM
WhatsApp Image 2019-02-26 at 11.59.18 PM

Beralih ke versi Pro, ia dihadirkan dengan skrin paparan 6.3 FHD+ bersama takuk yang diletakkan dengan lensa swafoto 16MP.

Menguasakan peranti dari dalam adalah cip pemprosesan MediaTek Helio P60 bersama-sama RAM 4/6GB dan storan sebesar 64/128 GB dengan sokongan kad MikroSD. Tiga kamera belakang pula terdiri daripada lensa 12MP+13MP+5MP.

WhatsApp Image 2019-02-27 at 12.01.12 AM

Persamaan antara kedua-dua peranti ini adalah dari segi janaan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas yang disalurkan menerusi port MikroUSB. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 9.

WhatsApp Image 2019-02-27 at 12.03.40 AM

Ia akan mula dipasarkan sekitar Mei nanti tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibawa ke Malaysia ataupun tidak.

Dari segi harga, Wiko View 3 dinilaikan pada 179 Euro (~RM827) dan bagi Wiko View 3 Pro terdapat dalam dua variasi iaitu 4GB/64GB 249 euro (~RM1151) sementara 6GB/128GB 299 euro (~RM 1382).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY