Spesifikasi tumpuan pada peranti ini adalah penawaran skrin paparan 6.5 inci 4K OLED, tetapan 3 kamera dengan 2x zoom optikal dan mod rakaman Creator serta Cinema Pro yang dikuasakan oleh CineAlta.
Bernisbah 21:9 skrin CinemaWide ini dikatakan bakal memberikan paparan yang lebih baik untuk tontonan video juga ketika bermain permainan. Difahamkan Sony turut bekerjasama pihak lain dalam menghadirkan paparan optimum untuk permainan seperti Fortnite dan Asphalt Racing.
Ciri Game Enhancer juga disediakan untuk yang penggemar permainan, berfungsi menyekat notifikasi dan merakam aksi dalam permainan.
Berstatus flagship, peranti ini dikuasakan dengan Snapdragon 855 bersama padanan memori RAM 6GB bersama storan dalaman 128 yang boleh diluaskan lagi menerusi kad MikroSD sehingga 512GB.
Kamera terdiri daripada gabungan lensa 12MP; 26mm untuk lensa utama, 16mm wide-eye dan 52mm untuk telefoto disertakan dengan penstabilan hybrid OIS/EIS.
Rakaman swafoto menggunakan lensa 8MP disokong ciri SteadyShot dan berupaya mengambil foto HDR. Sensor pengimbas cap jari terletak dibahagian sisi peranti iaitu dibawah butang pelaras bunyi.
Bateri berkapasiti 3300mAh diisi melalui port USB-C dengan sokongan pengecasan Xperia Adaptive Charging. Ditawarkan dengan pilihan warna hitam, putih, kelabu dan ungu, harga model ini masih belum didedahkan lagi tetapi ura-ura menyatakan ia mungkin dinilaikan pada paras menghampiri $1000 (~RM4066).
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.
Berkaitan
- Samsung Memperlihatkan " The Wall", TV Berukuran 146 Inci
- Imbasan Cap Pada Skrin Mungkin Digunakan Pada iPhone Keluaran 2021
- OPPO R9s Edisi Hijau Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah Bermula 11 Ogos Ini
- Sony Pening Kepala Untuk Letak Harga Jualan PS5
- Bocoran Imej Membayangkan Samsung Galaxy S10 Mempunyai Bezel Yang Sangat Nipis
- Tiada Lagi Perakuan SIRIM Untuk Peranti 3G Dan 4G Yang Tiada Sokongan VoLTE Bermula 2021
- #MWC2019 - Huawei Mate X, Peranti Boleh Lipat Dengan Teknologi 5G Dan Pengecasan Sehingga 55W
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- Huawei Dilapor Akan Memperkenalkan Tiga Model Telefon Pintar Siri "P" Bagi Tahun 2018
- OPPO A17K, Telefon Bawah RM500 Terbaru Di Malaysia