Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.58.14 AM

#MWC2019 – MicroSD Express Diumum Dengan Kelajuan Membaca 985MB Per Saat

Diterbitkan Februari 27, 2019 ยท Dikemas kini Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Acara MWC 2019 yang berlangsung ketika ini sudah menghidangkan pelbagai pelancaran dan penawaran berkaitan dengan teknologi mudah alih.

Tempoh hari anda mungkin ada terbaca tentang pelancaran kad MikroSD berkapasiti 1TB, kini satu lagi pengumuman menarik dibuat berkaitan dengan kepantasan kad MikroSD.

WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.58.13 AM

SD Association telah mengumumkan piawaian baru, MikroSD Express, yang akan memanfaatkan teknologi PCIe dan NVMe pada MikroSD untuk meningkatkan kelajuan pemindahan data.

WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.58.10 AM

Ia merupakan sebahagian daripada spesifikasi SD 7.1, bakal ditawarkan pada pelbagai kapasiti termasuk microSDHC Express, microSDXC Express, dan microSDUC Express.

Tahun lalu, SD Association telah mengumumkan SD 7.0 (untuk kad SD) dengan kelajuan yang sama.

WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.59.16 AM

Jikalau kad 1 TB SanDisk Extreme dari Western Digital mampu mencapai kelajuan membaca pada kadar 160MB per saat, kad MikroSD Express pula menyajikan kelajuan sehingga 985MB per saat.

Ini bermaksud, peranti dapat membaca kandungan kad dalam masa yang singkat dan akses foto, video atau data lain dapat dilakukan dengan pantas.

Kebanyakkan kelajuan kadar bacaan kad MikroSD dipasaran sekarang pula adalah sekitar 100MB per saat.

Difahamkan kad MikroSD Express ini bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Sumber: Business Wire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY