#MWC2019 - HTC Pertontonkan Vive Pro Eye, Vive Cosmos, Vive Focus Plus

HTC Vive merupakan set kepala realiti maya (Virtual Reality/VR) yang dibangunkan bersama antara HTC dan Valve Corporation.



Kemunculan kali pertama dibuat pada MWC 2015 dan diacara yang sama bagi edisi tahun ini, ia sekali lagi memperlihatkan peranti berkenaan.

Vive Pro Eye

Dibangunkan untuk pengguna profesional. Dilengkapi dengan teknologi pengesanan mata untuk VR, sensor LED diletakkan pada sekitar kanta. Melaluinya gerakkan mata dapat berfungsi ibarat pengawal untuk reaksi lebih pantas ketika menggunakannya.

Vive Focus Plus



HTC mengumumkan Vive Focus lebih kurang dua tahun lalu dan tahun ini, Vive Focus Plus pula diperlihatkan.

Set kepalanya hampir sama seperti keluaran terdahulu tetapi kini, ia didatangkan dengan prestasi berkuasa serta kawalan yang lebih mendalam, meningkatkan lagi pengalaman penggunaan.

Model ini didatangkan dengan dua pengawal yang memberikan kawalan tangan atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. HTC turut mempromosikan grafik baik dan rekaan set kepala yang lebh seimbang serta selesa.

Vive Cosmos



Merupakan sistem VR premium bagi komputer, menjanjikan grafik yang terperinci. Ia juga disertakan dengan sistem penjejak Vive baru dengan pengesanan yang lebih luas dan tepat, kawalan isyarat, tetapan 6 Degrees of Freedom (DOF).

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=56dyCNgqaok