Tahun ini Samsung hadir dengan Galaxy Tab S3 dan Galaxy Book. Galaxy Tab S3 adalah lebih kecil di antara kedua-duanya dengan paparan skrin berukuran 9.7 inci. Galaxy Tab S3 dibina bersama paparan Super AMOLED beresolusi 2,048 x 1,536.
Tablet ini juga dimuatkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820 bersama RAM 4GB dan storan 32GB (kad SD sehingga 256GB). Ianya disasarkan kepada pengguna yang mengutamakan aplikasi seperti permainan dan video.
Galaxy Book pula tampil dengan dua pilihan saiz skrin 10.6 inci dan 12 inci. Perbezaan antara dua model ini adalah yang pertama skrin sentuh. Skrin sentuh untuk model 10-inci mempunyai paparan resolusi 1920 x 1280 manakala model 12-inci pula menggunakan AMOLED dengan resolusi 2160 x 1440 resolusi paparan. Model 10-inci hanya mempunyai sensor kamera 5MP di hadapan manakala model 12 inci juga dengan kamera hadapan 5-Megapixel dan kamera belakang 13-Megapixel.
Model 12-inci dimuatkan dengan cip pemproses i5 Kaby Lake , RAM 8GB RAM, pilihan storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 39.04 WHR yang mampu berpanjangan sehingga 10.5 jam sekali cas.
Model 10-inci pula Galaxy Book dikuasakan oleh CPU Intel Core m3, mempunyai RAM 4GB, dan 30.4 WHR bateri yang boleh bertahan sehingga 10 jam sekali cas. Namun model ini hanya hadir bersama pilihan storan dalaman sehingga 128GB.
Samsung berkata Galaxy Book adalah sesuai untuk golongan profesional . Ia datang dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dan S-Pen stylus. Galaxy Tab S3 dijalankan dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat manakala Windows 10 untuk Galaxy Book.
Sumber
Berkaitan
- The Mines Jadi Lokasi Pilihan, Realme Buka Concept Store Pertama
- Inilah Rupa Sebenar Alat Kawalan PlayStation 5
- Asus ROG STRIX SCAR II Laptop Gaming Yang Ganas
- Video Komponen Apple Watch 2 Tertiris, Dikatakan Mempunyai Bateri Yang Lebih Besar.
- Dapatkan Peranti Terpilih Dengan Harga Diskaun Sepanjang Promosi Honoraya Dari Honor
- Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu
- LG OLED TV Menang Anugerah Inovasi CES Buat Kali Ke-8 Berturut-Turut
- Sony Memperkenalkan Sensor Imej Terbaru Dengan Ciri CMOS 3-Lapisan
- Singapore Airlines Bakal Pecahkan Rekod Dunia Untuk Penerbangan Paling Jauh & Lama
- OnePlus 6T Mungkin Tidak Terlalu Berbeza Dengan OnePlus 6