Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWC 2017: LG G6 Dibina Khusus Untuk Aplikasi Dwi-Skrin

MWC 2017: LG G6 Dibina Khusus Untuk Aplikasi Dwi-Skrin

Diterbitkan Februari 27, 2017 · Dikemas kini Februari 27, 2017 oleh Haikel Areff

LG telah melancarkan flagship mereka pada tahun ini iaitu LG G6 sempena MWC 2017 yang berlangsung pada hujung minggu lepas. Seperti yang dijangka, LG G6 dilengkapi paparan skrin AMOLED QHD (569 PPI) berukuran 5.7 inci, cip pemproses Snapdragon 821 bersama RAM bersaiz 4GB dan storan dalaman 32GB.

Kali ini LG tidak lagi menampilkan reka bentuk modular yang digunakan untuk flagship sebelumnya dengan mengetengahkan peranti yang memfokuskan pada sokongan dwi-skrin. Untuk mengoptimumkan ciri ini, paparan LG G6 ini mempunyai nisbah 18:9, dan bukannya 16: 9  yang digunakan oleh kebanyakan telefon bimbit ketika ini.

nexus2cee_mw-splitscreen
Ini bermakna apabila dilihat dalam mod landskap, paparan di skrin akan muncul lebih luas daripada biasa. LG telah mengakui bahawa model G5 tahun lalu tidak mencapai sasaran jualannya.

Dengan sokongan split-screen ini, LG G6 berupaya untuk menjalankan dua aplikasi yang berbeza bersama pada waktu yang sama. Seperti contoh, ianya mampu memaparkan kalendar bulanan dalam satu kotak, dan agenda seharian disebelahnya.

Sumber. 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY