MWC 2017: Huawei P10 Bersama Dwi-Kamera Leica Diperkenalkan

Seperti yang dijangka, Huawei melancarkan flagship P10 dan P10 Plus di Barcelona semalam. Syarikat itu masih mengekalkan kerjasama dengan Leica untuk kamera peranti ini. Huawei juga melancarkan Watch 2 pada acara yang sama.

Antara ciri baru yang menjadi perhatian adalah pengimbas cap jari yang terbina dibawah skrin dan menyokong fungsi gerakan isyarat seperti contoh sentuh sekali untuk 'kembali', sentuh dua kali untuk 'pergi ke home page'.

Huawei-P10-blue-840x560

Untuk spesifikasi pula, P10 dan P10 Plus dikuasai oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 960 SoC (4x Cortex-A73 dan 4x Cortex-A53) bersama modem Cat 2/11 dan GPU Mali-G71MP. P10 datang dengan RAM bersaiz 4GB dan storan 64GB, manakala P10 Plus datang dengan pilihan RAM 4GB/storan 64GB atau RAM 6GB/storan 128GB.

Terdapat juga sokongan untuk microSD untuk membesarkan lagi ruang storan(sehingga 256GB). Huawei P10 akan dijalankan dengan sistem operasi EMUI 5.1 berasaskan Android Nougat 7.1.

Seperti flagship mereka sebelum ini, kekuatan kamera merupakan ciri utama yang menjadi tunjang peranti ini. Dengan satu sensor 20-megapixel yang mengambil foto monokrom secara terperinci, dan satu lagi sensor 12-megapixel yang mengambil foto dalam butiran RGB.

Ianya juga menyokong video 4K, pengimbas muka 3D, OIS, 4-dalam-1 hibrid autofokus, hibrid zoom, dan kesan bokeh dalam mod mono. Kamera depan pula memiliki sensor bersaiz 8-Megapixel bersama aperture f/1.9 dan 2 kali kecerahan.

Huawei-P10-full-color-range-840x280

Peranti ini diperkenalkan dengan 8 pilihan warna iaitu Greenery, Dazzling Blue, Prestige Gold, Dazzling Gold, Rose Gold, Mystic Silver, Ceramic White, dan Graphite Black. Peranti ini turut tampil dengan hasil rekaan Hyper Diamond yang tidak meninggalkan kesan calar dan bekas cap jari.

Huawei P10 mempunyai paparan skrin HD 5.1-inci (1080x1920 pixel) dan datang dengan bateri bersaiz 3200mAh. Manakala, Huawei P10 Plus pula mempunyai paparan 5.5 inci 2K (1440x2560 pixel), dan dilengkapi dengan bateri bersaiz 3750mAh.

Skrin kedua-dua telefon pintar ini dilindungi oleh 2.5D Gorilla Glass 5 bersama campuran logam. Kedua-duanya juga mempunyai sokongan pengecasan pantas, dan Huawei mendakwa pengecasan selama 30 minit mampu bertahan sehingga sehari.

Ianya akan dipasarkan di Malaysia seawal bulan Mac ini. Harga rasmi kami masih belum dapat pastikan lagi tetapi berdasarkan harga pasaran global ketika ini tidak termasuk cas penghantaran dan sebagainya mencecah RM 3047 untuk model P10 manakala RM 3300 untuk P10 Plus (4GB).

Sumber