Gambar Tertiris Terbaru LG G6 Yang Memperlihatkan Rekaan Lebih Kemas Dan Berkilat

Beberapa hari yang lepas kita telahpun melihat gambar tertiris yang didakwa merupakan prototaip LG G6 yang memperlihatkan paparan besar dengan saiz bezel yang kecil. Hari ini, Business Insider telah memuat naik gambar sebenar LG G6.

Berbanding dengan gambar prototaip sebelum ini, reka bentuk yang dipamerkan adalah lebih kemas. Jika dilihat gambar di bawah, model LG G6 ini direka dengan rekaan yang kilat di bahagian belakang yang dipercayai diperbuat mengunakan kaca. Kedudukan kamera dan pengimbas cap jari masih kekal di posisi yang sama seperti LG V20 dan model sebelumnya LG G5.

gsmarena_001 (1)

Mengikut laporan, tetapan dwi-kamera LG G6 ini berupaya mengambil gambar dengan kesan 'bokeh' seperti iPhone 7 di dalam mod potrait. LG juga mungkin hadir dengan dua jenis model G6 dengan dua saiz yang berbeza. LG G6 bakal dijadualkan pelancarannya pada MWC 2017, 26 Februari ini.
Sumber: Bussines Insider, Pocketlint, Digital Spy, GSM Arena