Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWC 2017: Blackberry KeyOne- Kemunculan Semula Rekaan Ikonik Papan Kekunci Fizikal QWERTY

MWC 2017: Blackberry KeyOne- Kemunculan Semula Rekaan Ikonik Papan Kekunci Fizikal QWERTY

Diterbitkan Februari 27, 2017 · Dikemas kini Februari 27, 2017 oleh Haikel Areff

Blackberry akhirnya mendedahkan nama sebenar peranti flagship Android mereka selepas mempamerkan satu video teaser sewaktu CES 2017 awal tahun ini, ianya digelarkan Blackberry KeyOne. Sebelum ini, berdasarkan ketirisan maklumat yang tersebar di internet, ramai yang menjangkakan peranti ini dinamakan sebagai Mercury.

KeyOne memiliki paparan 4.5 inci HD penuh bersama resolusi paparan 1620×1080 dan nisbah 3:2. Ianya dimuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 625(hmm…). Kali ini Blackberry memuatkan kapasiti bateri paling besar yang pernah digunakan untuk telefon mereka iaitu dengan 3505mAh. KeyOne turut menawarkan sokongan Fast Charging menggunakan port USB Type-C.

BlackBerry-KEYone-6

Yang paling menarik perhatian adalah, KeyOne merupakan telefon yang dilihat menampilkan semula rekaan papan kekunci QWERTY yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Ianya dimuatkan dengan sistem operasi Android Nougat 7.1 .

blackberry_keyone_1

Blackberry memberitahu mereka memfokuskan kepada sekuriti dan fungsi keselamatan yang canggih. Paling advance di antara semua telefon pintar ketika ini, dakwa mereka. Tetapi jika dilihat dari segi spesifikasi dalaman, kami sedikit ragu-ragu dengan keupayaan KeyOne ini dipasaran. Dengan telefon pintar ketika ini sedang berpusu-pusu menghasilkan rekaan baru dan inovatif, Blackberry masih cuba bertahan dengan rekaan QWERTY mereka.

Tahun ini memang tahun comeback ke? Nokia 3310 pun buat comeback.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY