Muslim Pro Mahu Khususkan 50% Bajet Penciptaan Kandungan Untuk Pasaran Malaysia

Aplikasi Muslim Pro kini telah mencapai sebanyak 150 juta muat turun seluruh dunia dan 12 juta daripadanya adalah daripada pengguna Malaysia.

Dalam tempoh bulan Ramadan lalu, ia telah menjadi aplikasi nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Malaysia.

Selain itu, Bitsmedia, syarikat induk bagi Muslim Pro dan Qalbox, sentiasa melihat Malaysia sebagai pemacu pertumbuhan utama bagi aplikasi ini kerana komuniti Muslim di Malaysia.

Syarikat itu juga bekerjasama dengan Maxis dan Viu serta merancang untuk mengambil langkah yang besar dengan melipatgandakan pasukan tempatan mereka tiga kali ganda dalam tempoh 24 bulan yang akan datang.

Muslim Pro merancang untuk memperuntukkan 50% daripada bajet kandungan tahunan yang akan datang kepada pasaran Malaysia  dan akan bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan.

{suggest}

Ini selari dengan aspirasi jangka panjang Muslim Pro dan Qalbox untuk menjadi jenama yang dikenali ramai di pasaran Malaysia.

Nik Emir Din, CEO Bersama Bitsmedia, berkata mereka berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kandungan bagi rantau ini.

Sumber: Siaran Media Muslim Pro