Semakin pening dan keliru. Khabar angin terhadap peranti Samsung yang terbaru, iaitu siri Galaxy S22 semakin hangat diperdebatkan. Ini kerana ramai mempersoalkan cip apa yang bakal digunakan peranti tersebut.
Ada yang mengatakan Snapdragon 8 Gen 1 dan ada pula mendakwa Exynos 2200. Berdasarkan laporan letsgodigital, mereka menyatakan bahawa siri Galaxy S22 yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 akan memasuki lebih banyak pasaran di seluruh dunia termasuk Asia. Maknanya, Malaysia pun berkemungkinan besar guna Snapdragon.
Bagaimanapun, 91mobiles pula mendakwa Exynos 2200 masih lagi menguasakan telefon siri Galaxy S22 dan banyak negara yang akan menerimanya nanti. Desas-desus ini juga selari dengan laporan terdahulu oleh media Korea Selatan yang menyatakan Exynos 2200 bakal dilancarkan bersama-sama telefon terbaru Samsung.
Namun, perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya dan biarlah masa yang menentukannya nanti. Apa-apa pun, siri Galaxy S22 itu dijangka dilancarkan pada 8 Februari depan.
Berkaitan Exynos 2200, cip pemprosesan ini dilengkapi GPU daripada AMD dan menggunakan seni bina RDNA 2. Menariknya, cip tersebut hadir dengan teknologi ray-tracing.
Selain itu, TheGalox turut berkongsikan prestasi bagi Samsung Galaxy S22 Ultra yang menggunakan kedua-dua cip tersebut. S22 Ultra yang dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1 mempunyai kelebihan pada teras tunggal. Sementara yang dijana Exynos 2200 pula kelebihannya terletak pada multi-teras.
Dalam perkembangan lain, Samsung bersedia memperkenalkan pengecasan 45W terbaru dan saiz pengecasnya jauh lebih kecil. Ia juga akan menyokong pengecasan bagi siri Galaxy S22 nanti termasuk tablet siri Galaxy Tab S8.
Sumber: TheGalox, 91mobiles, letsgodigital, IceUniverse
Baca juga:
-
Kerana Exynos 2200 Ditunda, S22 Didakwa Mungkin Gunakan Snapdragon Untuk Pasaran Global
-
Belum Tiba Masanya, Pelancaran Exynos Dengan GPU AMD Dilapor Ditunda