Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
exynos rdna2 amd

Tak Ada Masalah Prestasi, Exynos 2200 Akan Diumum Bersama Siri Galaxy S22

Diterbitkan Januari 14, 2022 oleh Amsyar Latif

Sepatutnya, cip pemprosesan terbaru Exynos 2200 dilancarkan 11 Januari lepas tetapi dengan secara tiba-tiba perkara tersebut tidak terjadi. Disebabkan itu, banyak khabar angin mengatakan cip itu mempunyai masalah prestasi atau Samsung tidak bersedia dengannya.

Bagi meredakan keadaan, Samsung tampil memberikan penjelasan. Menurut Samsung, mereka merancang untuk memperkenalkan cip Exynos yang terbaru bersama-sama telefon pintar yang semestinya siri Galaxy S22.

Selain itu, acara pelancaran tersebut dijangka bakal berlangsung sekitar awal Februari ini. Tidak mengapa, yang penting sudah ramai menantikannya.

Hal ini kerana Exynos 2200 dilengkapi dengan GPU AMD yang berasaskan seni bina RDNA2. Seperti diketahui, seni bina tersebut juga digunakan buat konsol generasi terkini PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Pada masa yang sama, Samsung turut mengatakan GPU yang ada pada Exynos baharu nanti akan memberikan prestasi cemerlang untuk permainan mudah alih di telefon pintar. Ini seiring dengan video acah yang dikongsikan mereka terdahulu.

Oleh yang demikian, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi Samsung dalam masa terdekat.

Sumber: business korea

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY