Kerana Exynos 2200 Ditunda, S22 Didakwa Mungkin Gunakan Snapdragon Untuk Pasaran Global

Berkenaan dengan penangguhan pelancaran cip pemprosesan daripada Samsung iaitu Exynos 2200, siri Samsung Galaxy S22 ini didakwa mungkin akan dilancarkan secara global dengan menggunakan cipset dari Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Semalam, 11 Januari 2022 sepatutnya merupakan hari pelancaran cip Exynos 2200. Namun video pendek yang telah dikongsikan oleh Samsung berkenaan cip ini telah dipadam daripada semua laman sosial media mereka.

Menurut ciapan daripada @dohyun854, beliau mengesahkan bahawa Exynos 2200 tidak akan digunakan pada siri Galaxy S22.

https://twitter.com/dohyun854/status/1480896095471665156?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1480896095471665156%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sammobile.com%2Fnews%2Fgalaxy-s22-get-snapdragon-globally-exynos-2200-disappears%2F

Tidak dinafikan, Exynos 990 mempunyai masalah kepanasan, prestasi yang mengecewakan daripada Snapdragon 865 pada siri Galaxy s20. Namun Samsung telah membuktikan cipset Exynos 2100 yang mereka gunakan pada siri Galaxy S21 mendapat pujian kerana prestasi cip tersebut yang semakin bagus.

Jadi, pengguna mengharapkan prestasi Exynos 2200 yang lebih baik memandangkan Samsung akan menggunakan RDNA 2 daripada AMD. Nampak gayanya daripada penangguhan ini, Samsung mungkin akan menggunakan Exynos 2200 untuk model Galaxy Flip 4, Fold 4, dan Galaxy Tab S8.

Namun begitu, Samsung masih lagi mempunyai masa untuk mengumumkan Exynos 2200 sebelum pelancaran Galaxy S22 pada 8 Februari nanti. Jika masih tidak dilancarkan, kemungkinan besar dakwaan ini adalah benar.

Sumber: Sammobile

Baca juga: