Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 12 render

Mungkin Benar, Ini Rekaan Bagi Xiaomi 12 Pro

Diterbitkan Disember 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Kita sudah memasuki ke pertengahan Disember 2021 dan siri Xiaomi 12 semakin hampir untuk diperkenalkan secara rasmi.

Sebelum ini, dikhabarkan Xiaomi 12 bakal mempunyai salutan kaca anti-silau pada panel belakang serta modul kameranya agar tidak menampakkan bonggol lensanya.

Melaluinya juga, sebenarnya kita sudah dapat melihat susunan lensa yang mungkin hadir untuk siri Xiaomi 12.

Terbaru, kerangka pelindung Xiaomi 12 Pro didedahkan gizmochina. Modul kamera tersebut amat mirip dengan yang dikongsikan Digital Chat Station.

Mungkin Benar, Ini Rekaan Bagi Xiaomi 12 Pro
Mungkin Benar, Ini Rekaan Bagi Xiaomi 12 Pro

Xiaomi 12 Pro hadir dengan tetapan 3 lensa dimana satu utama, dua lagi lensa mungkin telefoto bersama ultra-lebar. Bersama-samanya juga ada LED flash dan dijangka dilengkapi sensor LiDAR.

Tambahan lagi, peranti tersebut turut dilihat mempunyai rekaan berbentuk petak. Tidak pelik Xiaomi mengikut rupa bentuk sebegitu kerana siri Redmi Note 11 juga hadir dengan rekaan serupa.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi 12 Pro ini disahkan dijana cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1. Lain-lainnya dijangka dilengkapi skrin OLED 120Hz dan bateri 4500mAh dengan pengecasan 120W.

Sumber: gizmochina

Baca juga:

  • Ini Dia Telefon Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 1

  • Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic

  • Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY